Friday, January 1, 2010

New Year Eve

31/12/2009

malam dah makin gelap tapi kelape aku still fikir lagi nak buat apa new year eve ni. pening kepala aku fikir. setakat ni aku ada 3 option dalam kepala.

1. keluar dengan mana mana perempuan (kawan la) then tengok letup letup.
2. keluar dengan membe taman aku.
3. duduk rumah tengok kat tv jaaa.

takpelah aku fikir dulu. baru pukul 9. kot kot bapak aku tak bagi keluar ke ape an. kite lepak dulu. sambil sambil lepak tu aku text la sorang minah ni nur bukan name sebenar.

"hi u, buat apa ? tak keluar ke malam ni ?"

"hi nabeel, i tengah tgk tv, tak keluar la malam ni =("

"lah, kenape pulak ? tak pergi tengok bunga api ke ? kan new year eve ni."

"ala bukan tak nak tapi u tau la, i ni perempuan susah sikit nak keluar malam."

"oh yeke, baguslah kalau macam tu, takpe kat tv pun boleh tengok an."

"tu la. tengok kat tv je lah."

hm...sah sah option pertama aku dah lebur. takpe takpe. option kedua ada lagi. aku pun dinner la dulu dengan family aku. bebual pasal new year eve last year di mana aku membawa family aku ke akleh untuk melihat bunga api. then mase on the way balik rumah jam teruk sehinggakan aku mengantuk dan hampir mencium kereta wira hitam di tepi jalan. nasib baik aku elak doh. fuh. lepas malam tu family especially mak bapak aku dah malas dah nak meredah jam new year. mak aku kate "tido lagi elok, haha" aku pun cakap la "beel nak pergi dengan pojan boleh ?" bapak aku kate "pergilah, nah duit minum sekali" wow bestnya siap dapat duit minum. jarang bapak aku macam ni. "thanks abah, hehe" aku pun call la membe suruh siap. pada mulenye berlaku sedikit conflik di mana kami bergaduh nak pakai moto sape.

"weh, pakai moto kau lah bil, moto kau good."

"apa yang goodnya, break belakang takde doh."

"ala takpe, layan je. moto aku tak complete la, plat aku tak lepas nanti."

"alamak. ye an. tapi kalau naik moto aku japg jatuh selambe je la ?"

"selambe jelah. aku dah siap ni. naik la amik."

"ok ok, tunggu depan rumah"

aku pun terus la siap siap nak keluar, aku terus gerak rumah pojan. dah sampai tu aku tanye lagi.

"takpe ah kalau jatuh ?"

"hm.. simpan ah moto kau kat sini, naik moto aku ah."

"pulak dah kau ni, tadi ye ye cuak. apesal pulak ni ?"

"bukan nak lalu jalan ampang ke an, naik akleh an ?"

"haa, ye la kot."

"ok ok gerak ah."

kami pun bergerak la dari taman bukit indah menuju ke destinasi letupan. time tu 11.00 pm

"eh nak pergi tengok kat mana ni bil ?"

"entah lah macam macam tempat boleh tengok, kat jalan tun razak, kat bukit langat, kat bukit bintang, damansara ke, tapi yang paling cekai kat pasar malam rumah kite tu la, kan nampak. haha"

"kat situ buat ape doh. baik meniage air kalau kat situ. haha"

"haha, kite usha jalan tun razak ah. lalu akleh. kite usha port dulu."

"ok ok"

"eh kat atas akleh ni pun ok ape. cantik doh."

"ala aku dah dok sini last year. memang best. tapi jam cam haram doh. kite usha jalan tun razak dulu, tahun ni tgk dekat sikit la."

"layan"

"eh jan nanti kau dah sampai jalan tun razak kau masuk yang nak ke parking klcc tu."

"buat ape ? nak pergi kat klcc pnye ke ?"

"tak ah, gelabah la pergi situ, sesak. kite pergi kat parking die yang kat luar tu."

"haa, sini meriah doh. dekat pun dekat."

"lepas ni, ni lah port kite. haha."

time kami sampai tu jam tengah pukul 11.30pm. orang belum ramai lagi. baru ada 3 kerat depan kami. tak sampai 5 minit, tempat tu dah penuh dengan manusia. aku siap jumpe kawan sekolah rendah lagi. best betul. haha. tunggu lah kat situ setengah jam. tepat pukul 12 bunga api start. piuuuung, kebabooom. macam tu lah lebih kurang. aku pun dengan sikap amatur mengeluarkan hp untuk merakam letupan itu. puas tangan aku tahan kebas. sakit doh.
masing masing kat situ dslr beb. fuh. 6 minit berlalu. bunga api pun dah habis. masing masing bergegas pulang. termasuklah aku.

semua orang tak bosan kan. padahal tiap tiap tahun benda sama. benda yang dah dijangka. bunga api bungau api bunga api. deserikan denan konsert artis. itu sahaja setiap tahun. tapi orang tetap pergi. tetap menikmati. kan kan kan. padahal kalau tak pergi tahun ni pun takpe. tahun depan ade. merdeka pun ade jugak letup letup. manusia biasalah. suka kan keseronokan.
best doh tengok gelagat orang kat tempat keramaian, berdekah!

2 comments:

beebeeIsSoCool lah! said...

nable nable nable =]
cbe cbe cbe =s
bosan bosan bosan =s

dee said...

ngn pojan ea..
hehe